awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shah Firdaus dalam dilema sertai Kejohanan Dunia

Astro Arena
Astro Arena
12/08/2021
22:23 MYT
Shah Firdaus dalam dilema sertai Kejohanan Dunia
Shah Firdaus bakal menjadi sandaran Malaysia untuk menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Perancis, Oktober depan. - Gambar fail/Bernama
PELUMBA berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom masih mempertimbangkan untuk beraksi dalam Kejohanan Dunia, Oktober ini kerana mahu fokus terhadap keluarga selepas berpisah sejak dua tahun lalu.
Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat untuk mengetuai skuad negara yang mencabar tanpa jaguh utama, Datuk Azizulhasni Awang.
Shah Firdaus bakal menjadi sandaran Malaysia untuk menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Perancis, Oktober depan.
Bagaimanapun, atlet kelahiran Muar, Johor itu kini mungkin turut diketepikan atas alasan sudah lama tidak bertemu ahli keluarga.
"Sebelum ini, saya telah berbincang dengan jurulatih mengenai penyertaan saya dalam Kejohanan Dunia.
"Bagaimanapun, dia amat memahami kerana saya telah lama berjauhan dengan keluarga," kata Shah Firdaus.
"Perkara paling penting bagi saya adalah proses pemulihan daripada kecederaan yang dialami dan meluangkan masa bersama keluarga. Ketika ini, saya masih lagi belum membuat keputusan untuk berlumba dalam Kejohanan Dunia."
Ketua jurulatih negara, John Beasley, mendedahkan bahawa Azizulhasni tidak akan terpilih atas dasar memberinya ruang untuk berehat selepas memenangi pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Ahad lalu.
Topic Berkaitan
#Shah Firdaus
#kejohanan dunia
#Azizulhasni Awang
#Perancis
#keluarga
#pelumba berbasikal trek negara
#fokus kepada keluarga
#berjauhan dengan keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan