awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sinner muncul juara perseorangan lelaki Terbuka Australia

Bernama
Bernama
26/01/2025
22:45 MYT
Sinner muncul juara perseorangan lelaki Terbuka Australia
Pemain nombor satu dunia itu menewaskan Alexander Zverev dari Jerman dengan keputusan 6-3, 7-6 (7-4), 6-3 di Arena Rod Laver. - Foto AP
MELBOURNE: Pemain Itali, Jannik Sinner mengukuhkan kedudukannya sebagai raja gelanggang keras tenis lelaki dengan merangkul gelaran Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pemain nombor satu dunia itu menewaskan Alexander Zverev dari Jerman dengan keputusan 6-3, 7-6 (7-4), 6-3 di Arena Rod Laver, sekali gus menjadikannya pemain Itali pertama, lelaki atau wanita, memenangi tiga kejuaraan perseorangan Grand Slam.
Sinner tidak pernah tewas dalam perlawanan di gelanggang keras pada kejohanan utama sejak kekalahannya kepada Zverev pada pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat 2023, sebelum menambah gelaran juara sulungnya di Melbourne tahun lepas dengan kejayaan di New York.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Australia
#Jannik Sinner
#raja gelanggang keras tenis
#Alexander Zverev
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan