awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taktik penipuan baharu: Tawaran untuk dapatkan kembali wang mangsa scam
Kerajaan imbang persediaan rakyat hadapi kesan konflik global tanpa cetus panik - Saifuddin
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad B-13 mara ke suku akhir Piala Iber 2015 di Portugal

Bernama
Bernama
02/07/2015
05:49 MYT
Skuad B-13 mara ke suku akhir Piala Iber 2015 di Portugal
Skuad bawah bimbingan jurulatih Lim Teong Kim itu dijadual bertemu naib juara kumpulan F 'Os Belenenses' G dari Portugal Jumaat ini. -Gambar fail
Skuad bola sepak kebangsaan Bawah 13 tahun menamatkan perlawanan kumpulan B Piala Iber 2015 dengan bergaya, apabila menewaskan pasukan tuan rumah, SC Linda-a-Velha 3-0 di Stadium Oeiras, pada Rabu.
Skuad kebangsaan di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang merangkul kejuaraan Piala Iber di Sepanyol minggu lepas, muncul juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah selepas tiga kemenangan berturut-turut.
Skuad bawah bimbingan jurulatih Lim Teong Kim itu dijadual bertemu naib juara kumpulan F 'Os Belenenses' G dari Portugal pada perlawanan suku akhir di Kompleks Sukan Jamor, pada Jumaat.
Anak-anak didik Teong Kim sebelum ini telah mengalahkan Segeltorps IF dari Sweden 2-1 dalam perlawanan pembukaan sebelum membelasah pasukan tuan rumah,
Dragon Lisboa 7-0 dalam perlawanan kedua di Kompleks Sukan Jamor di Portugal, pada Selasa.
Piala Iber kini merupakan acara penting Kejohanan Bolasepak Belia Dunia.
Topic Berkaitan
#bawah 13 tahun
#Belia
#bola sepak
#Lim Teong Kim
#piala iber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan