awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Harimau Malaya: Tak kira tempatan, kacukan atau naturalisasi, Pan-gon pilih hanya yang terbaik

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
17/02/2022
08:17 MYT
Skuad Harimau Malaya: Tak kira tempatan, kacukan atau naturalisasi, Pan-gon pilih hanya yang terbaik
Menurutnya, tidak kiralah pemain itu adalah pemain tempatan, kacukan atau naturalisasi, tiada yang mendapat layanan istimewa dan hanya yang terbaik akan terpilih. - Foto Astro AWANI
KELANA JAYA: "Saya hanya akan pilih pemain terbaik (untuk mewakili skuad Harimau Malaya)."
Demikian laungan Ketua Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon yang menegaskan dia akan hanya membawa pemain terbaik dalam Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun depan.
Menurutnya, tidak kiralah pemain itu adalah pemain tempatan, kacukan atau naturalisasi, tiada yang mendapat layanan istimewa dan hanya yang terbaik akan terpilih.
Tambahnya, dia dan barisan kejurulatihannya akan berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan tahap permainan skuad kebangsaan.
"Seramai 35 juta rakyat kini memberi tumpuan kepada kami. Saya akan lakukan yang terbaik untuk membuatkan mereka gembira dan bangga.
"Saya akan berjuang atas nama Malaysia. Saya percaya saya mampu membawa Malaysia ke tahap seterusnya," katanya pada sidang media di Wisma FAM di sini pada Khamis.
Janji ketua jurulatih kebangsaan bawa Harimau Malaya ke 'next level'
Turut hadir, Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell dan barisan kejurulatihan yang akan membantu Pan-gon mengemudi skuad Harimau Malaya dalam dua tahun akan datang.
Dalam sidang media sama, Pan-gon turut menyatakan keyakinan terhadap potensi skuad kebangsaan.
Bahkan, dia percaya mampu memperbaiki taktikal pasukan dan menjadi yang terbaik di rantau Asia Tenggara.
"Saya boleh membantu pasukan untuk menjadi lebih kuat, bersatu, bersemangat, ada keyakinan dan juga dari aspek teknikal. Saya boleh ajar pemian untuk memahami permainan juga.
"Kita akan latih mereka dengan cara kita, falsafah kita. Kalau mereka belajar dengan baik, saya pasti mereka boleh meningkatkan tahap permainan," ujarnya.
[TERKINI] Sidang media memperkenalkan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan
Cabaran besar buat Pan-gon akan hadir kira-kira empat bulan dari sekarang apabila skuad negara bersaing dalam Kelayakan Piala Asia 2023 iaitu pada 8, 11 dan 14 Jun 2022.
Pasukan yang akan menentang Malaysia bakal ditentukan melalui undian rasmi pada 24 Februari ini.
Pembahagian pasukan dalam balang undian adalah berdasarkan kedudukan ranking FIFA pada 10 Februari 2022.
Malaysia berada dalam balang tiga undian Kelayakan Piala Asia 2023 bersama Afghanistan; Yaman; Myanmar; Maldives dan Indonesia.
Kesemua 24 pasukan ini akan diundi dalam enam kumpulan dan hanya juara kumpulan dan lima pasukan naib juara kumpulan terbaik akan dapat tiket beraksi di pusingan akhir Piala Asia 2023.
Topic Berkaitan
#ketua jurulatih
#harimau Malaya
#Kim Pan-gon
#Malaysia
#Piala Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan