awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad hoki 5s wanita mara ke suku akhir Piala Dunia 2024

Bernama
Bernama
25/01/2024
13:20 MYT
Skuad hoki 5s wanita mara ke suku akhir Piala Dunia 2024
Skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara berjaya mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Dunia Hoki 5 Sebelah (5s) selepas mengikat Fiji 4-4 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A di Muscat, Oman hari ini. - Foto Facebook MHC
KUALA LUMPUR: Skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara berjaya mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Dunia Hoki 5 Sebelah (5s) selepas mengikat Fiji 4-4 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A di Muscat, Oman hari ini.
Meskipun berkongsi empat mata bersama Fiji yang menduduki tangga ketiga dengan perbezaan enam jaringan, namun keputusan itu mengukuhkan kedudukan Malaysia di tangga kedua Kumpulan A untuk menempah slot ke suku akhir bertemu Afrika Selatan, esok.
Kedudukan pertama Kumpulan A menjadi milik Belanda selepas mengutip sembilan mata keseluruhan dan tuan rumah Oman di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
Jaringan pasukan negara pada perlawanan yang berlangsung di Hockey Oman Venue itu dihasilkan menerusi Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri pada minit ke-15 dan 20; diikuti Ellya Syahirah Ellias (21); dan Qhairunisya Mohd Zanili (23).
Empat jaringan Fiji pula dicipta menerusi Lora Bukalidi pada minit kedua permainan; Melba Nautu (18); Tiara Dutta (20) dan Lala Ravatu (26).
Dalam pada itu, penyerang negara Nur Zafirah Aziz berkata pasukannya tidak boleh terus dibuai kegembiraan dengan kemaraan itu sebaliknya perlu terus fokus dan bersedia untuk bertemu Afrika Selatan di suku akhir esok.
"Saya rasa ia agak sukar dan kami bersedia. Doa kami layak ke separuh akhir," katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media hari ini.
Terdahulu, Afrika Selatan menjuarai Kumpulan B dengan sembilan mata selepas memenangi ketiga-tiga perlawanan peringkat Kumpulan B diikuti Ukraine di tangga kedua manakala Australia dan Zambia masing-masing di tangga ketiga dan keempat.
Semalam, pasukan Malaysia memulakan saingan peringkat kumpulan dengan bergaya apabila membelasah tuan rumah Oman 10-0, namun kegembiraan itu hanya seketika apabila aksi kedua menyaksikan Malaysia ditundukkan Belanda 0-10.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki lima sebelah
#skuad hoki 5S wanita
#suku akhir
#Piala Dunia 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan