awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad negara perlukan nafas baharu - Frost

Astro Arena
Astro Arena
22/12/2015
01:16 MYT
Skuad negara perlukan nafas baharu - Frost
Pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost berpuas hati dengan sesi pemilihan pemain ke dalam skuad kebangsaan. - Gambar fail
PENGARAH teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost berpuas hati dengan sesi pemilihan pemain ke dalam skuad kebangsaan dan pengumuman dijangka akan dibuat awal Januari 2016.
Sepanjang sesi pemilihan, Frost dan jurulatih lain melihat aksi yang memberangsangkan ditampilkan oleh pemain-pemain termasuklah dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan juga persatuan negeri.
Mereka kini dalam proses perbincangan untuk memilih yang terbaik di mana pemain telahpun diberi peluang untuk membuktikan kebolehan masing-masing bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan.
"Mereka masih muda lagi dan bukan senang untuk meramalkan masa depan karier mereka tetapi mereka akan diberi peluang untuk membuktikan keampuhan mereka.
"Barisan skuad negara amat memerlukan wakil baru jadi saya amat teruja,” katanya.
Dalam pada itu, harapan juara GP Sirkit Kebangsaan, Iskandar Zulkarnain untuk mengintai peluang dalam skuad elit dipandang positif oleh Frost.
Bagi Frost, Iskandar semakin menghampiri sasarannya itu dan kini dia perlu berusaha untuk menduduki kelompok 30 pemain terbaik dunia.
"Dia semakin mendekati sasarannya dan saya berharap agar ranking dunianya meningkat ke kelompok 30 terbaik seperti dia katakan kepada akhbar lain, semestinya saya akan memantau prestasinya dalam kejohanan yang akan datang," tambahnya.
Topic Berkaitan
#badminton
#Jakarta
#kejohanan dunia
#Lee Chong Wei
#Lin Dan
#morten frost
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan