awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad silat negara bakal terima jurulatih wanita

Bernama
Bernama
27/12/2012
08:37 MYT
Skuad silat negara bakal terima jurulatih wanita
Skuad silat negara bakal mencatat sejarah apabila buat pertama kali menerima bimbingan jurulatih wanita bagi persiapan menghadapi temasya Sukan SEA di Myanmar tahun hadapan.
Penyelaras Sukan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Osman Nok berkata pada dasarnya, Majlis Sukan Negara (MSN) telah bersetuju untuk melantik jurulatih wanita bagi membimbing pesilat negara, namun belum memutuskan individu yang akan memikul tanggungjawab itu.
"Kita telah mengenal pasti beberapa calon berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai jurulatih wanita, namun ia perlu diperhalusi melalui perbincangan yang bakal diadakan dengan pihak MSN awal tahun nanti," katanya pada Khamis.
Bagaimanapun, Osman berkata beliau tidak boleh mengumumkan nama-nama calon sebelum berbincang dengan MSN.
"Kita akan mengambil jurulatih tempatan dan tidak bercadang mengguna khidmat jurulatih luar negara kerana bakat tempatan dalam sukan silat tidak kurang hebatnya, malah ada rakyat Malaysia kini menjadi jurulatih skuad silat beberapa negara jiran," jelasnya.
Topic Berkaitan
#jurulatih
#Majlis Sukan Negara
#Skuad silat negara
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan