awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Smith Rowe jersi nombor 10 Arsenal

Astro Arena
Astro Arena
23/07/2021
00:09 MYT
Smith Rowe jersi nombor 10 Arsenal
Smith Rowe turut diberikan jersi nombor 10, yang disarung Mesut Ozil sebelum ini. - Stadium Astro
EMILE SMITH ROWE akan menyarung jersi nombor 10 Arsenal bagi musim 2021-22, dengan pemain tengah itu bersetuju untuk melanjutkan kontrak bersama The Gunners.
Smith Rowe menikmati mula cemerlang dalam 2020-21, dengan pemain berusia 20 tahun itu melakukan 33 penampilan dalam semua pertandingan.
Secara keseluruhan, Smith Rowe menjaringkan empat gol dan melakukan tujuh assist.
Bagaimanapun, masa depannya masih lagi dalam persoalan. Dengan Arsenal dilaporkan mahu mendapatkan khidmat Odegaard's dari Real Madrid secara tetap, sementara bidaan Aston Villa bagi Smith Rowe telah ditolak pada permulaan jendela perpindahan musim panas dibuka.
Tetapi dengan Odegaard yang nampaknya tidak dapat ditandatangani, Arsenal kini menawarkan Smith Rowe dengan kontrak baru, walaupun The Gunners tidak menentukan jangka masa kontrak.
Smith Rowe turut diberikan jersi nombor 10, yang disarung Mesut Ozil sebelum ini -- nombor yang turut sinonim dengan pemain seperti Dennis Bergkamp, yang bertindak sebagai pencetus kejayaan Arsene Wenger ketika memimpin kelab.
"Semua mengetahui jersi nombor 10 sangat penting dan kekosongan yang besar yang perlu diisi," kata Smith Rowe.
"Saya sangat teruja, sejujurnya, saya tidak sabar kembai beraksi -- sukar untuk menjelaskan perasaan saya ketika ini."
New season. New contract. New number. @emilesmithrowe pic.twitter.com/DT13LjBD1B
— Arsenal (@Arsenal) July 22, 2021
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Emile Smith Rowe
#Arsenal
#kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan