awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia di Incheon tunai janji pembukaan gemilang

Astro Arena
Astro Arena
20/09/2014
03:34 MYT
Sukan Asia di Incheon tunai janji pembukaan gemilang
Sukan Asia di Incheon tunai janji pembukaan gemilang
Korea Selatan bukan sahaja mahu tampil cemerlang di arena perjuangan Sukan Asia tetapi mereka buktikan Incheon mampu tampil hebat dalam penganjuran temasya edisi ke- 17 menerusi acara pembukaan gilang gemilang bertemakan penyatuan dan modenisasi.
Dengan disaksikan puluhan ribu penonton di Stadium Utama Asiad di Incheon dan jutaan penonton di seluruh dunia, upacara pembukaan dipersembahkan dengan penuh arna warni.
Incheon menunaikan janji mereka untuk menampilkan kelainan daripada 2 edisi terdahulu di Seoul dan Busan.
Setiap persembahan yang dipertontonkan berjaya memukau pandangan. Menepati konsep penyatuan dan modenisasi, gabungan dua elemen ini mampu membangkitkan nostalgia keakraban negara- negara Asia.
Berakhir acara persembahan menyaksikan perarakan masuk kontinjen- kontinjen yang bertanding.
Datuk Nicol David mengetuai perarakan masuk kontinjen malaysia yang turut mendapat tepukan gemuruh penonton di Stadium Asiad ini.
Dengan pakaian kebangsaan yang menjadi pilihan kali ini perarakan masuk kontinjen negara tampak mempersona.
Turut sama ialah Chef de Mission, Datuk Danyal Balagobal yang segak berbaju kebangsaan melangkah penuh yakin.
Kontinjen tuan rumah, Korea Selatan tampil di penghujung perarakan dengan kesemua atlit mereka turut serta dengan berpakaian fesyen terkini.
Pertunjukan bunga api jadi penutup kepada acara pembukaan penuh gilang gemilang dan bermulalah perjuangan dan pemburuan kegemilangan kontinjen bertanding di Sukan Asia edisi ke-17.
Topic Berkaitan
#Incheon
#Malaysia
#Sukan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan