awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Borneo 2025 platform perpaduan - Abdul Karim

Bernama
Bernama
24/09/2025
15:00 MYT
Sukan Borneo 2025 platform perpaduan - Abdul Karim
Abdul Karim (tengah) bersama para atlet pada perasmian Borneo Games 2025 di Stadium Perpaduan Petra Jaya, hari ini. - Gambar Bernama
KUCHING: Sukan Borneo 2025 merupakan platform penting untuk menyatukan rakyat serta memupuk perpaduan antara wilayah, negara serta provinsi yang berada di pulau Borneo.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata setelah 12 tahun tidak dianjurkan, keutamaan kali ini adalah menghidupkan kembali keceriaan dan kegembiraan penganjuran temasya tersebut.
"Fokus kita bukanlah semata-mata kepada persaingan sengit atau siapa yang muncul juara, tetapi kepada kejayaan penganjuran temasya ini tanpa masalah, di samping mengeratkan silaturahim antara wilayah yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sukan Borneo Kuching 2025 di Stadium Perpaduan di sini, hari ini.
Abdul Karim berkata Sukan Borneo akan diadakan setiap dua tahun dan lokasi penganjuran berikutnya akan ditentukan oleh ketua-ketua kontinjen terlibat.
"Keputusan bergantung kepada wilayah, negara atau provinsi yang bersedia menjadi tuan rumah, termasuk siapa yang mereka ingin jemput dalam kalangan kepulauan Borneo," katanya.
Ketika berucap pada majlis itu, Abdul Karim mengimbas sejarah temasya itu yang pertama kali dianjurkan pada 1954 di Brunei Darussalam sebagai pentas menyatukan atlet daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.
"Namun, selepas edisi ke-16 pada 1970, temasya ini terhenti akibat pelbagai kekangan. Ia kemudian dihidupkan semula pada 2005 sehingga 2013, dengan penganjuran terakhir di Labuan. Hari ini, selepas 12 tahun menyepi, kita menghidupkan semula legasi ini di Kuching," katanya.
Sukan Borneo Kuching 2025 yang bermula hari ini hingga Ahad menampilkan lima acara sukan teras iaitu olahraga, akuatik renang, badminton, boling padang dan memanah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Borneo 2025
#akuatik renang
#tuan rumah
#lokasi penganjuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan