awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Olimpik Paris: Tambah berat badan jadi agenda Nurul Izzah Izzati

Astro Arena
Astro Arena
24/05/2024
01:40 MYT
Sukan Olimpik Paris: Tambah berat badan jadi agenda Nurul Izzah Izzati
Nurul Izzah Izzati punyai tempoh tiga minggu latihan di Malaysia sebelum kem berbasikal terbang ke Belgium serta Sepanyol sebagai persediaan ke Paris. - Foto Astro ARENA
PELUMBA basikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, sahut seruan ketua jurulatih, John Beasley, untuk memperkasa susuk tubuhnya menjelang Sukan Olimpik Paris.
Ia memandangkan tuntutan perlumbaan elit memerlukan Nurul Izzah Izzati meningkatkan kualiti ototnya jika mahu berdaya saing di samping pelumba handalan dunia.
Menerusi perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, di Kazakhstan, pelumba pecut dan keirin kelahiran Kedah itu rela kelihatan lebih berotot dan meninggalkan sisi femininnya.
Nurul Izzah Izzati memiliki tempoh tiga minggu latihan di Malaysia sebelum kem berbasikal terbang ke Belgium serta Sepanyol sebagai persediaan ke Paris.
"Ia tidak memberikan saya tekanan tapi seharusnya sebagai atlet, saya ada sasaran sebab saya nak berjaya dalam bidang ini.
"Saya perlu tambahkan otot dan ketua jurulatih negara, John Beasley, tidak memberikan arahan spesifik, cuma menyarankan saya agar mengambil diet yang sihat.
"Lagipun berat badan saya agak susah naik, 5kg belum mencukupi dan saya perlu tambahkan lagi berat badan menuju ke Sukan Olimpik," katanya di Nadi Arena malam tadi.
Topic Berkaitan
#pelumba basikal
#Nurul Izzah Izzati
#tambah berat badan
#Sukan Olimpik Paris 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan