awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Atlet 15 tahun sumbang gangsa

Astro Arena
Astro Arena
09/06/2015
08:00 MYT
Sukan SEA: Atlet 15 tahun sumbang gangsa
Atlet baling tukul besi wanita, Grace Wong membuka saingan pada Selasa dengan menghadiahkan pingat gangsa Sukan Singapura. - Foto Astro Arena
Atlet baling tukul besi wanita, Grace Wong membuka saingan pada Selasa dengan menghadiahkan pingat gangsa Sukan Singapura.
Grace, 15 tahun, melakar kejutan dalam acara olahraga itu meskipun harapan tertumpu kepada atlit senior, Casier Renee yang memenangi pingat perak di Myanmar, dua tahun lalu.
Grace yang merupakan anak saudara kepada bekas jaguh tukul besi negara, Wong Tee Kui melakukan balingan sejauh 53.90 meter untuk menamatkan saingan di belakang pemenang pingat emas dari Thailand, Mingkamon Koomphon yang mencatat 56.57 meter untuk mengatasi rekod temasya milik bekas atlet negara, Tan Song Hwa.
"Saya tak sangka dapat menang medal. Saya cuma bertenang semasa melakukannya.
"Saya gembira dapat mengikuti jejak Wong Tee Kui," jelas atlet muda dari Sarawak itu.
Sementara itu dalam saingan lelaki, Jackie Wong terpaksa berpuas hati dengan pencapaian gangsa selepas empat daripada enam percubaannya dibatalkan.
Lntaran sejauh 61.18 meter yang dilakukannya belum cukup untuk menggugat Caleb Stuart dari Filipina (65.63 meter) yang memenangi emas dan pingat perak milik Petchaya Tantipong.
"Saya tak berpuas hati dengan persembahan sendiri.
"Empat balingan saya terkena jaring. Saya rasa balingan yang dibatalkan itu boleh pergi jauh," tegas Jackie yang terpaksa berpuas hati dengan pingat yang sama dua tahun lalu.
Topic Berkaitan
#grace wong
#Singapura
#Sukan SEA
#tukul besi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan