awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
Seorang peminat bertindak menyaman Arsenal ekoran prestasi teruk
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Jackie Wong rampas emas dalam kemenangan epik

Astro Arena
Astro Arena
14/05/2022
09:35 MYT
Sukan SEA Hanoi: Jackie Wong rampas emas dalam kemenangan epik
Atlet lontar tukul besi lelaki negara Jackie Wong Siew Cheer dan Sadat Maryuqi Ajisan berjaya memenangi pingat emas dan gangsa dalam acara lontar tukul besi pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh National Stadium, Hanoi hari ini. - Foto BERNAMA
KONTINJEN olahraga Malaysia memastikan Lagu Negaraku berkumandang buat kali kedua sempena Sukan SEA Hanoi di Stadium Nasional My Dinh, sebentar tadi.
Jackie Wong memadam kekecewaan gagal mempertahankan pingat emas baling tukul besi lelaki dalam temasya Manila 2019 apabila kejuaraannya diragut pencabar dari Thailand, Kittipong Boonmawan.
Kejuaraan sering bertukar tangan di antara mereka sejak dua edisi lalu dan dalam pertemuan tadi, atlet Sarawak itu mendahului dari awal saingan tetapi balingan terakhir, 64.54m, berjaya melonjakkan Kittipong ke tangga teratas.
Tetapi Jackie menyahut cabaran itu dengan aksi yang lebih baik lagi untuk melakar 66.49m.
Ia secara tidak langsung menambah koleksi emas yang ke-13 negara dalam temasya kali ini.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#kontinjen malaysia
#Emas Malaysia sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan