awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan kaji semula pelaksanaan cukai karbon di tengah-tengah tekanan geopolitik - Arthur
16 cedera, bekas pelajar lepas lepas tembakan di sekolah di Turki
Suspek serang kediaman CEO OpenAI didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz Jantan sebak kembali harumkan nama negara

Astro Arena
Astro Arena
11/05/2023
06:26 MYT
Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz Jantan sebak kembali harumkan nama negara
Khairul Hafiz mengakui sebelum ini dia rasa tertekan tetapi keluarga, rakan-rakan dan jurulatih tidak putus-putus berikan semangat. - Stadium Astro
"SAYA dah lama sangat tak berlari untuk negara."
Demikian luahan sebak Khairul Hafiz Jantan yang melambangkan kerinduannya untuk terus menjadi sandaran negara dalam setiap temasya penting.
Kali terakhir dia membawa nama negara pada 2019 dan selepas empat tahun, Khairul Hafiz tidak mahu lagi membazir masa apabila dia -- termasuk Muhammad Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa dan Muhammad Haiqal Hanafi -- membutirkan pingat gangsa dalam 4x100 meter lelaki, Sukan SEA Kemboja, yang umpama petanda baik untuknya terus mendapat kepercayaan dalam skuad negara.
"Sudah berapa lama saya tak berlari untuk pasukan Malaysia dan hari ini bantu dapat pingat, semestinya saya tetap bangga walaupun dapat nombor tiga (gangsa), rasa nak menangis pun ada.
"Saya akui sebelum ini saya tertekan tetapi keluarga, rakan-rakan dan jurulatih tidak putus-putus berikan semangat," katanya selepas perlumbaan di Stadium Nasional Morodok Techo, malam tadi. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Khairul Hafiz Jantan
#Sukan SEA
#100 meter lelaki
#pingat gangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan