awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Pekak 2025: Kontinjen negara terima suntikan semangat Duta Besar Malaysia

Bernama
Bernama
20/08/2025
22:30 MYT
Sukan SEA Pekak 2025: Kontinjen negara terima suntikan semangat Duta Besar Malaysia
Syed Mohamad Hasrin ketika berucap di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia malam tadi. - Foto BERNAMA
JAKARTA: Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin semalam menerima kunjungan hormat kontinjen negara ke Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak 2025 yang akan membuka tirai secara rasmi, hari ini.
Pada pertemuan itu, beliau menyatakan rasa bangga kerana Malaysia selaku juara bertahan merupakan kontinjen kedua terbesar ke temasya kali ini, terdiri daripada 27 pegawai dan 53 atlet yang akan mengambil bahagian dalam enam acara iaitu futsal, olahraga, badminton, tenpin boling, catur dan ping pong.
"Kita berharap dan sama-sama mendoakan kejayaan kontinjen kita, sekali gus mempertahankan gelaran juara yang telah kita raih pada edisi sulung di Kuala Lumpur, tiga tahun lepas.
"Saya percaya kontinjen kita akan berjuang dengan penuh disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. Lakukan yang terbaik, jagalah nama baik negara, dan buktikan bahawa Malaysia mampu sekali lagi berdiri megah sebagai juara," katanya ketika berucap di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia malam tadi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) Ong Shin Ruenn merakamkan penghargaan atas kesudian menerima kunjungan hormat kontinjen negara, serta sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada atlet.
Malaysia menyasarkan 16 pingat emas iaitu enam menerusi olahraga, tenpin boling (lima), badminton (dua), catur (dua) dan futsal (satu).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Duta Besar Malaysia
#Sukan SEA Pekak 2025
#Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan