awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma MSN: Pulau Pinang akur hilang khidmat Goh Jin Wei

Astro Arena
Astro Arena
19/09/2022
21:45 MYT
Sukma MSN: Pulau Pinang akur hilang khidmat Goh Jin Wei
Goh mahu memastikan dia dapat berada dalam kelompok 32 pemain terbaik dunia dalam Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa India musim depan. - Gambar fail BERNAMA
SETIAUSAHA kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang, Leong Kin Weng, mengesahkan bahawa mereka terpaksa akur kehilangan satu pingat emas dalam acara badminton perseorangan wanita apabila Goh Jin Wei memilih untuk menarik diri daripada Sukan Malaysia (Sukma) di Majlis Sukan Negara (MSN).
Pemain profesional berusia 22 tahun itu terpaksa mengambil keputusan berkenaan kerana perlu menyertai Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa India demi memastikan dia dapat berada dalam kelompok 32 pemain terbaik dunia musim depan.
Kin Weng berkata kepada wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkfly: "Dengan dia tidak dapat beraksi, ia bermakna kami kehilangan pingat emas.
"Sebelum ini, kami menyasarkan dua pingat emas, satu daripadanya dan satu dalam acara berpasukan lelaki.
"Lebih malang lagi, acara berpasukan juga digugurkan, jadi kami terpaksa kehilangan dua emas.
"Sekarang ini, kami hanya menyasarkan pingat perak atau gangsa dalam acara perseorangan atau beregu lelaki," katanya.
Topic Berkaitan
#badminton
#Sukma MSN
#goh jin wei
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan