awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tang Jie- Ee Wei mara ke separuh akhir Masters Thailand

Bernama
Bernama
02/02/2024
12:43 MYT
Tang Jie- Ee Wei mara ke separuh akhir Masters Thailand
Ini merupakan kemenangan ketiga Tang Jie-Ee Wei ke atas pasangan Belanda itu, selepas Terbuka Singapura 2023 dan Terbuka Jepun 2023. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi sandaran peminat sukan badminton tanah air, apabila mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Masters Thailand di Bangkok, hari ini.
Pilihan kedua kejohanan itu menewaskan Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda, 21-12 dan 25-23 pada aksi suku akhir selama 40 minit di Stadium Nimibutr.
Ini merupakan kemenangan ketiga Tang Jie-Ee Wei ke atas pasangan Belanda itu, selepas Terbuka Singapura 2023 dan Terbuka Jepun 2023.
Menanti mereka di separuh akhir esok ialah pemenang perlawanan antara pilihan ketiga kejohanan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun atau pasangan Thailand Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat.
Empat lagi wakil negara ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua semalam dengan pemain perseorangan lelaki negara Cheam June Wei ditundukkan wakil Belanda Mark Caljouw, 7-21 dan 11-21, seterusnya beregu lelaki profesional negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, yang tewas kepada Andreas Sondergaard-Jesper Toft dari Denmark, 23-25, 21-14, 14-21.
Turut menimpa nasib sama ialah beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang disingkirkan Robin-Selena dari Belanda, 21-18, 15-21, 19-21, serta Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas di tangan pasangan Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, dalam pertarungan tiga set 17-21, 21-17, 16-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masters Thailand
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
#badminton
#Separuh Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan