awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Australia: Aaron-Wooi Yik melangkah ke suku akhir

Bernama
Bernama
03/08/2023
12:43 MYT
Terbuka Australia: Aaron-Wooi Yik melangkah ke suku akhir
Beregu bekas juara dunia berkenaan mengambil masa 34 minit sahaja untuk menyingkirkan beregu Taiwan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak kecemerlangan apabila melangkah ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Australia 2023 hari ini.
Kejohanan yang berlangsung di gelanggang Quaycentre itu, menyaksikan bekas juara dunia berkenaan mengambil masa 34 minit sahaja untuk menyingkirkan beregu Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming-Tse, 21-19, 21-14, pada aksi pusingan kedua.
Di saingan suku akhir esok, Aaron-Wooi Yik yang berada di kedudukan keempat dunia akan membuat perhitungan dengan satu lagi gandingan Taiwan Lu Ching Yao-Yang Po Han, yang berjaya menumpaskan pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-10, 21-13 hari ini.
Aaron-Wooi Yik turut mara ke pusingan suku akhir di Terbuka Jepun akhir Julai lalu, namun disingkirkan gandingan Jepun Takura Hoki-Yugo Kobayashi 21-10, 15-21, 16-21.
Sementara itu, satu lagi beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzudin, gagal mengekalkan momentum apabila tewas di tangan beregu Korea Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 16-21, 21-23.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Terbuka Australia
#suku akhir
#badminton
#beregu lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan