awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Australia: Djokovic masih berjuang untuk beraksi selepas visa dibatalkan

Astro Arena
Astro Arena
06/01/2022
07:53 MYT
Terbuka Australia: Djokovic masih berjuang untuk beraksi selepas visa dibatalkan
Pengecualian kesihatan itu dijangka dapat membenarkan Djokovic untuk memasuki negara itu tanpa mengambil kira status vaksinasinya, yang masih belum diumumkan secara formal. - Gambar fail
NOVAK Djokovic terus memperjuangkan haknya untuk beraksi dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas pihak berkuasa negara berkenaan membatalkan visanya.
Pemain nombor satu dunia itu sebelum ini mengumumkan bahawa dia menerima pengecualian kesihatan untuk beraksi dalam kejohanan itu, di mana dia telah bergelar juara sebanyak sembilan kali.
Pengecualian kesihatan itu dijangka dapat membenarkan Djokovic untuk memasuki negara itu tanpa mengambil kira status vaksinasinya, yang masih belum diumumkan secara formal.
Bagaimanapun, Kerajaan Victoria dilaporkan menolak permohonan itu kerana seorang ahli pasukan Djokovic didapati melakukan kesilapan dalam permohonan visa subkelas berkenaan.
Lebih menimbulkan keraguan mengenai peluang Djokovic untuk dibenarkan bertanding dalam grand slam pembuka musim itu adalah apabila Pemangku Menteri Sukan Victoria, Jaala Pulford, mengisytiharkan dalam laman sosial bahawa permohonan pemain Serbia itu tidak akan disokong pihaknya.
Pasukan Sempadan Australia (ABF) kemudian menumumkan bahawa Djokovic telah diarahkan untuk meninggalkan negara itu hari ini walaupun pasukan undang-undangnya dikhabarkan akan mencabar keputusan itu.
"ABF mengesahkan bahawa Encik Djokovic gagal mengemukakan bukti yang sesuai untuk memenuhi syarat kemasukannya ke Australia dan visanya kemudian telah dibatalkan," kata AVF dalam satu kenyataan.
"Bukan warganegara, yang tidak memegang visa masuk yang sah atau mereka yang visanya telah dibatalkan, akan ditahan dan dikeluarkan daripada Australia.
"ABF juga mengesahkan bahawa Encik Djokovic mempunyai akses kepada telefonnya."
Artikel asal ini diterbitkan di portal Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#Kejohanan Tenis Terbuka Australia
#visa dibatalkan
#Scott Morrison
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan