awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Australia: Tze Yong mara ke pusingan kedua, Jin Wei kandas

Bernama
Bernama
02/08/2023
06:06 MYT
Terbuka Australia: Tze Yong mara ke pusingan kedua, Jin Wei kandas
Tze Yong melangkah ke pusingan kedua selepas mudah menundukkan Kanta Tsuneyama 21-18 dan 21-8 dalam pertarungan 39 minit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2023 hari ini, selepas mengetepikan cabaran pemain Jepun.
Pada aksi di Pusat Sukan Negeri di Sydney itu, Tze Yong melangkah ke pusingan kedua selepas mudah menundukkan Kanta Tsuneyama 21-18 dan 21-8 dalam pertarungan 39 minit.
Pemain ranking ke-21 dunia itu bakal membuat perhitungan dengan pemain Jepun, Kento Momota atau pilihan ketujuh kejohanan dari Indonesia, Jonatan Christie yang beraksi dalam satu lagi aksi pusingan awal.
Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei selepas ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama kejohanan apabila tewas kepada wakil India Aakarshi Kashyap 15-21 dan 17-21.
Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini telah mengalami siri kekalahan yang mengecewakan dalam pusingan pertama, bermula dari Masters Malaysia 2023 (Mei), Terbuka Indonesia (Jun), Terbuka Korea dan Terbuka Jepun (Julai).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Australia
#Ng Tze Yong
#goh jin wei
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan