awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka China: Tang Jie-Ee Wei hanya perlu 26 minit untuk mara ke pusingan kedua

Bernama
Bernama
18/09/2024
11:13 MYT
Terbuka China: Tang Jie-Ee Wei hanya perlu 26 minit untuk mara ke pusingan kedua
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hanya mengambil masa 26 minit untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka China selepas mnyingkirkan cabaran pasangan India di Changzhou, China, hari ini. - Foto Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hanya mengambil masa 26 minit untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka China selepas mnyingkirkan cabaran pasangan India di Changzhou, China, hari ini.
Pada aksi pusingan pertama di Gimnasium Xincheng, gandingan kesembilan dunia itu mudah menewaskan K.Sathish KumarAadya Variyath dengan keputusan straight set 21-14, 21-11.
Menanti Tang Jie-Ee Wei di pusingan kedua esok adalah pasangan Indonesia Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja yang mara apabila wakil Hong Kong Lee Chun Hei Reginald-Ng Tsz Yau menarik diri pada set kedua selepas tewas pada set pertama.
Turut mengikut jejak langkah juara Terbuka Korea itu ialah beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selepas bangkit menewaskan wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 13-21, 21-16, 21-15.
Menanti gandingan negara di pusingan kedua ialah pemenang antara Taiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dan wakil Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka China
#Chen Tang Jie
#toh ee wei
#beregu campuran negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan