awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Hylo: Lee Zii Jia tiada masalah ke suku akhir

Astro Arena
Astro Arena
04/11/2021
21:16 MYT
Terbuka Hylo: Lee Zii Jia tiada masalah ke suku akhir
Zii Jia mempamerkan aksi lebih kemas dalam set kedua dan mendahului 11-5 sebelum memacu mata demi mata untuk mengesahkan kemenangan 21-16. - Foto Facebook BAM
PERSEORANGAN lelaki utama negara, Lee Zii Jia, tidak berdepan masalah untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hylo selepas menewaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen, di Saarbrucken, Jerman malam tadi.
Dengan reputasi sebagai pilihan kedua kejohanan, bintang negara itu bergelut untuk menewaskan pemain bukan pilihan dari Sepanyol, Pablo Abian, dalam pusingan pertama Rabu tetapi hanya memerlukan 38 minit untuk menundukkan lawan di ranking ke-55 dunia, Nguyen.
Nguyen, bagaimanapun, memberikan tentangan sengit dalam set pertama dengan mengikat kedudukan pada angka 20 tetapi melepaskan dua mata terakhir kepada Zii Jia.
Wakil negara berusia 23 tahun berkenaan, yang merupakan juara Kejohanan Seluruh England 2021, mempamerkan aksi lebih kemas dalam set kedua dan mendahului 11-5 sebelum memacu mata demi mata untuk mengesahkan kemenangan 21-16.
Zii Jia seterusnya akan berdepan pemain pilihan kelapan dari Thailand, Kantaphon Wangcharoen, dalam perebutan tempat ke separuh akhir hari ini (Jumaat).
Sumber Facebook BAMalaysia
Keputusan lain: Beregu campuran: Hoo Pang Ron-Cheah Yee See kk Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 10-21, 19-21 Goh Soon Huat-Shevon Lai kk Niclas Nohr-Amalie Magelund 14-21, 15-21
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Terbuka Hylo
#badminton
#Nhat Nguyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan