awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir

Astro Arena
Astro Arena
17/01/2025
11:21 MYT
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India. - Stadium Astro
BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India apabila menewaskan wakil Thailand, Kittinipung Kedren-Dechapol Puavaranukroh, di New Delhi hari ini.
Turun selaku pilihan kelima, Aaron dan Wooi Yik bermula perlahan dan ketinggalan pada awal set pertama tetapi mereka kemudian mula mengejar di pertengahan aksi untuk mencatatkan kemenangan 21-18.
Permulaan berbeza ditampilkan bekas juara dunia itu dalam set kedua, di mana mereka amat jarang berada di belakang sebelum mengesahkan kemaraan, juga dengan kemenangan 21-18, selepas secara keseluruhan bertarung selama 39 minit.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seungjae, dan gandingan pilihan kedua dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, bagi penentuan ke final esok. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Badminton Terbuka India
#mara ke separuh akhir
#tewaskan pasangan Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan