awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Indonesia: Cabaran Zii Jia tersekat di suku akhir

Sinar Harian
Sinar Harian
07/06/2024
11:30 MYT
Terbuka Indonesia: Cabaran Zii Jia tersekat di suku akhir
Zii Jia disekat bintang Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam perlawanan di Istora Senayan, Jakarta pada Jumaat. - Foto Bernama
HASRAT pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia Super 1000 tidak kesampaian apabila disekat bintang Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam perlawanan di Istora Senayan, Jakarta pada Jumaat.
Zii Jia yang sebelum itu mengharungi pertarungan tiga set ketika menang ke atas pemain nombor 19 dunia dari China, Weng Hong Yang, 20-22, 21-9, 21-16 ternyata bergelut berdepan asakan lawan dari bumi Gajah Perang tersebut.
Vitidsarn yang mara ke suku akhir selepas kemenangan bergaya ke atas wakil India, Priyanshu Rajawat 21-10, 21-17 berjaya mengungguli momentum permainan untuk kemenangan straight set 21-16, 21-17 dalam masa 53 minit.
Pertemuan kali terakhir Zii Jia menentang Kunlavut menyaksikan pemain nombor satu negara itu bangkit menewaskan lawannya 10-21, 21-19, 21-6 dalam aksi pusingan ketiga Sukan Asia Hangzhou 2022 tahun lalu.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#badminton terbuka indonesia
#Lee Zii Jia
#suku akhir
#Kunlavut Vitidsarn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan