awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Winners: Blinkova kejutkan Kalinina untuk ke separuh akhir

Astro Arena
Astro Arena
15/10/2022
03:10 MYT
Terbuka Winners: Blinkova kejutkan Kalinina untuk ke separuh akhir
Blinkova mara ke final ketika kali terakhir layak ke peringkat empat terbaik kejohanan WTA tahun ini. - Astro ARENA
Pemain pilihan, Anhelina Kalinina, mensia-siakan pendahuluan sebelum tewas 7-6, 1-6, 3-6 kepada Anna Blinkova dalam suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Winners awal pagi tadi.
Kalinina, yang merupakan pemain pilihan kedua kejohanan itu, kelihatan akan memperoleh kemenangan mudah untuk ke separuh akhir kejohanan di Cluj itu apabila memenangi set pertama.
Bagaimanapun, pemain Ukraine itu tidak dapat menghalang kebangkitan lawan di ranking ke-138 dunia berkenaan dalam dua set terakhir untuk membenarkan Blinkova mara ke separuh akhir Kejohanan Jelajah WTA buat kali kedua musim ini.
Blinkova mara ke final ketika kali terakhir layak ke peringkat empat terbaik kejohanan WTA tahun ini - dalam Kejohanan L'Open 35 de Saint Malo - tetapi dia terlepas gelaran selepas tewas kepada Beatriz Haddad Maia dalam final.
Penyingkiran Kalinina menyaksikan Anastasia Potapova akan menjadi pemain pilihan terbaik dalam kejohanan itu dan akan berdepan seorang lagi pemain Russia, Blinkova, bagi penentuan ke final.
Potapova menewaskan pemain Hungary, Annad Bondar, 7-5, 3-6, 6-1 dalam satu lagi perlawanan untuk ke separuh akhir .
Topic Berkaitan
#Terbuka Winners
#Anhelina Kalinina
#Separuh Akhir
#Anna Blinkova
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan