awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
Gambar bulan Artemis tarik perhatian: Nilai saintifik atau sekadar foto indah?
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
06/02/2026
22:15 MYT
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Pemain TFC Panshanbe Ehsoni (tiga, kiri) berjaya melepasi pemain KL City FC pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) gagal membawa bekalan selesa ke perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia apabila sekadar seri 1-1 dengan Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di sini, malam tadi.
Babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah bermula garang menerusi percubaan separa voli pemain pertahanan import kelahiran Brazil, Careca yang sedikit tersasar seawal minit keempat.
Tersentak dengan percubaan itu, pasukan pelawat yang menguasai permainan cuba melancarkan serangan balas, namun gagal menembusi kubu pertahanan skuad Penyu.
Pada minit ke-16, skuad bimbingan Tengku Hazman Raja Hassan mengejutkan The City Boys apabila meledak gol pembukaan menerusi penyerang baharu Gervane Kastaneer yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti untuk mendahului 1-0.
Bersambung babak kedua, skuad bimbingan Risto Vidakovic berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-47, namun rembatan Victor Ruiz melambung tinggi melepasi palang.
Bagaimanapun, kekecewaan itu terubat apabila pemain tengah kelahiran Sweden, Nicolao Dumitru menghadiahkan gol penyamaan buat pelawat pada minit ke-84, sekali gus meranapkan kegembiraan lebih 5,500 penyokong tuan rumah.
TFC yang enggan mengalah hampir meraih kemenangan pada masa kecederaan, namun gol Mohamad Baqiuddin Shamsudin dibatalkan pengadil kerana berlaku kekasaran sebelum jaringan dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#TFC
#KL City
#suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan