awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiger Woods akui terima bantuan profesional

Astro Arena
Astro Arena
20/06/2017
06:45 MYT
Tiger Woods akui terima bantuan profesional
Woods berterima kasih kepada segala sokongan yang telah diberikan, terutama daripada peminatnya. - Gambar fail
TIGER WOODS mengumumkan dia sedang mendapatkan bantuan profesional selepas kes dia ditahan polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah, yang menurutnya hanyalah dari kesan ubat-ubatan masalah tidur dan sakit belakang.
Ketika bekas pemain no.1 dunia itu masih bergelut dengan krisis kehidupan, Woods mendedahkan dia kini sedang menerima bantuan dalam cara mengurus ubatnya.
"Ketika ini, saya sedang mendapat bantuan profesional, terutama dalam mengurus ubat dan cara saya menangani sakit belakang dan masalah gangguan tidur.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada segala sokongan yang telah diberikan, terutama daripada peminat," kata Woods dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Woods ditahan polis selepas dia didapati tidur di kerusi pemandu pada jam 3 pagi, 29 Mei lalu di Jupiter, Florida.
Menurut laporan pihak berkuasa, terdapat kesan Xanax dan beberapa jenis dadah lain dalam tubuhnya.
Polis berkata Woods terpaksa dikejutkan dan ketika itu menampakkan pergerakan perlahan dan pertuturan yang tidak jelas.
Bagaimanapun, ujian alat pengukur nafas mendapati Woods tidak minum minuman beralkohol.
Menurut pemain golf berusia 41 tahun itu, tubuh badannya mengalami kesan negatif terhadap ubat-ubatan yang diambilnya.
Topic Berkaitan
#Dadah
#golf
#sakit belakang
#Tiger Woods
#ubat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan