awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ beri bayangan Harimau Malaya bakal diswastakan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
03/09/2024
08:29 MYT
TMJ beri bayangan Harimau Malaya bakal diswastakan
Pemilik JDT itu berkongsi dokumen yang dinamakan sebagai 'Strategi Skuad Kebangsaan' apabila ia dikatakan akan diurus oleh badan bebas dipimpin CEO atau Pengarah Teknikal. - Sumber foto IG Story TMJ
KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail seakan memberi bayangan skuad Harimau Malaya mungkin diswastakan selepas memuat naik beberapa dokumen di laman sosialnya.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkongsi dokumen yang dinamakan sebagai 'Strategi Skuad Kebangsaan' apabila ia dikatakan akan diurus oleh badan bebas dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Pengarah Teknikal.
Ia turut dibantu beberapa pegawai utama antaranya ialah Pengarah Kejurulatihan, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi dan Penilaian serta Ketua Sumber Manusia.
Baginda turut memuat naik hantaran dengan tarikh 15 Disember 2024 yang turut mencetuskan tanda tanya peminat bola sepak tempatan apabila ramai menyifatkan ia mungkin hari permulaan bagi penswastaan berkenaan.
Dalam perkongsian lain, baginda memuat naik gambarnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu sehari sebelum aksi perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan Selangor FC di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu.
Dalam perlawanan itu, JDT menewaskan Selangor dengan jaringan 6-1.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan oleh FAM mengenai penswastaan Harimau Malaya dan ia masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Terdahulu, sejumlah RM15 juta diperuntuk kepada Harimau Malaya bagi menjadikan ia pasukan gergasi bola sepak di rantau Asia.
Jelas Anwar, RM10 juta daripada jumlah itu merupakan peruntukan kerajaan melalui Kementerian Kewangan manakala bakinya adalah tajaan daripada pihak swasta.
Topic Berkaitan
#tunku mahkota ismail
#FAM
#penswastaan JDT
#harimau Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan