awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Gimnas wanita AS diuji positif COVID-19

Astro Arena
Astro Arena
20/07/2021
03:29 MYT
Tokyo 2020: Gimnas wanita AS diuji positif COVID-19
SEORANG gimnas Amerika Syarikat (AS) diuji positif koronavirus sewaktu menjalani latihan di Tokyo menjelang Sukan Olimpik, demikian disahkan Jawatankuasa Olimpik AS (USOC).
Atlet yang namanya tidak didedahkan itu berada dalam senarai simpanan dan kini perlu menjalani pengasingan bersama seorang lagi rakan sepasukannya yang didapati menjadi kontak rapat.
"Kesihatan dan keselamatan atlet, jurulatih dan staf kami akan tetap menjadi keutamaan," kata USOC dalam satu kenyataan.
"Kami mengesahkan bahawa atlet gantian dalam acara gimnastik artistik telah diuji positif COVID-19.
"Demi menghormati privasi individu itu, kami tidak dapat memberikan sebarang maklumat buat masa ini."
Keputusan itu diperoleh hanya empat hari menjelang pembukaan temasya berkenaan, di mana seorang lagi gimnas negara itu, Simone Biles, dijangka akan menjadi pilihan utama dalam perebutan pingat emas.
Gimnas berusia 24 tahun itu memenangi empat pingat emas dalam edisi 2016 di Rio dan dijangka akan menambah koleksinya dalam acara gimnastik bermula hujung minggu ini.
Topic Berkaitan
#gimnas
#wanita
#kes positif
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#Sukan Olimpik Tokyo
#kontak rapat
#pengasingan
#simpanan
#gimnastik artistik
#atlet
#gantian
#Simone Biles
#USOC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan