awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tze Yong terkandas pada suku akhir All England

Bernama
Bernama
18/03/2023
00:15 MYT
Tze Yong terkandas pada suku akhir All England
Keputusan itu menyaksikan Tze Yong (gambar) tewas dalam kesemua empat pertemuan antara beliau dan Li Shi Feng sejak 2017. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Perjalanan pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terhenti pada peringkat suku akhir kejohanan badminton All England awal pagi tadi.
Pemain ranking dunia ke-28 itu, ditunjukkan jalan keluar apabila tewas 11-21, 11-21 kepada pemain China, Li Shi Feng selepas pertarungan selama 41 minit di Utilita Arena, Birmingham.
Keputusan itu menyaksikan Tze Yong masih gagal mendapatkan formula untuk mengatasi pemain China itu, apabila telah tewas dalam kesemua empat pertemuan antara mereka sejak 2017.
Shi Feng, pemain di tangga ke-14 dunia, seterusnya akan bertemu Anders Antonsen dari Denmark, yang menyingkirkan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia 21-14, 19-21, 21-17.
Tze Yong sebelum ini mencipta kejutan besar apabila menewaskan juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark untuk mara ke pusingan suku akhir.
Kini, pemain profesional Lee Zii Jia, yang menewaskan pemain meningkat naik Jepun Kodai Naraoka 21-9, 10-21, 21-13 malam tadi, menjadi wakil tunggal Malaysia pada kejohanan berprestij itu.
Zii Jia yang berada pada kedudukan nombor empat dunia akan berdepan Shi Yu Qi (ranking ke-13) dari China, yang mudah mengalahkan rakan sepasukan Weng Hong Yang 21-9, 21-16.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ng Tze Yong
#all england
#Li Shi Feng
#Lee Zii Jia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan