awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
43 individu dipercayai serang pusat hiburan diberkas
Selangor bakal terima RM3 juta dari FIFA?
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Inter Milan tamatkan penantian 12 tahun ke suku akhir

Astro Arena
Astro Arena
15/03/2023
02:00 MYT
UCL: Inter Milan tamatkan penantian 12 tahun ke suku akhir
Nerazurri menamatkan penantian untuk ke suku akhir kejohanan selepas kali terakhir melakukannnya dalam edisi 2010-11. - Foto AP
PORTO 0 INTER MILAN 0
Inter Milan melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad apabila mengekalkan kelebihan agregat 1-0 ke atas Porto awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Simone Inzaghi itu, yang menang 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 di San Siro tiga minggu lalu, jelas bergelut untuk menghasilkan gol di Estadio do Dragao tetapi keputusan tanpa jaringan itu sudah cukup untuk mereka meneruskan kemaraan.
Ia menyaksikan Nerazurri menamatkan penantian untuk ke suku akhir kejohanan tertinggi kelab Eropah itu selepas kali terakhir melakukannnya dalam edisi 2010-11.
Biarpun mendapat beberapa peluang terhidang menuju ke penghujung permainan, Porto - yang kehilangan seorang pemain selepas Pepe dilayangkan kad kuning kedua dalam waktu kecederaan - tidak dapat menyudahkan sebarang peluang terbaik mereka, sekali gus gagal menamatkan kemarau ke suku akhir sejak lima tahun lalu. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#UCL
#inter milan
#suku akhir
#Porto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan