awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan guru dakwa Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh disambung Jun
Anthropic tangguh pelancaran model AI ‘Claude Mythos’ susulan risiko keselamatan siber
U Mobile lancar pelan ULTRA5G baharu, tawar kelajuan, keselamatan dan akses keutamaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Sandro Tonali kembali berlatih di Newcastle di sebalik isu pertaruhan haram

Astro Arena
Astro Arena
25/10/2023
02:45 MYT
UCL: Sandro Tonali kembali berlatih di Newcastle di sebalik isu pertaruhan haram
Sandro Tonali (dua dari kiri) ketika berlatih di Pusat Latihan Newcastle United, England. - Foto AP
PEMAIN tengah Newcastle, Sandro Tonali, kembali berlatih di samping rakan sepasukannya di sebalik spekulasi menghadapi siasatan terhadap pelanggaran peraturan pertaruhan.
Laporan dari Itali mencadangkan bekas pemain AC Milan berusia 23 tahun itu akan mengetahui nasibnya sebelum pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Borussia Dortmund di St James’ Park, awal pagi esok, dengan beberapa meramalkan dia berdepan penggantungan yang panjang.
Bagaimanapun, pemain antarabangsa Itali itu dilihat berlatih di ibu pejabat latihan kelab itu, Darsley Park, sebagai persiapan menghadapi perlawanan Kumpulan F.
Kelmarin, wakil Tonali dilaporkan seharian berunding dengan pendakwa raya yang melancarkan siasatan ketika sedang menjalani tugasan antarabangsa awal bulan ini.
Dia dan rakan senegara, Nicolo Zaniolo, yang sedang dipinjamkan ke Aston Villa daripada Galatasaray kini di bawah siasatan Pejabat Pendakwa Itali dan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) berhubung aktiviti pertaruhan haram.
Ejen Tonali, Giuseppe Riso sempat mendakwa pemain itu ketagihan berjudi dan jika didapati berlaku pelanggaran, dia berdepan penggantungan selama beberapa bulan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Sandro Tonali
#Newcastle
#UCL
#berlatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan