awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG

Astro Arena
Astro Arena
11/04/2024
00:00 MYT
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Barcelona, cemerlang menewaskan Paris St German (PSG), dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
GERGASI dari Sepanyol, Barcelona, cemerlang menewaskan Paris St German (PSG), dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 memastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran di Stadium Parc Des Princes.
Pemain gantian itu yang pernah menjadi tonggak utama Chelsea menjaringkan gol daripada tendangan sudut Ilkay Gundogan hanya dua minit selepas beraksi di atas padang dari bangku simpanan untuk menambah lagi dua gol Raphinha.
FULL TIME!!! #PSGBarça | #UCL pic.twitter.com/LiWomdQ3ab
— FC Barcelona (@FCBarcelona) April 10, 2024
PSG ketinggalan pada masa rehat berikutan gol pembukaan Raphinha pada minit ke 37 tetapi memulakan separuh masa kedua dengan baik selepas rembatan deras Ousmane Dembele dan Vitinha mengubah kedudukan permainan agar berpihak kepada tuan rumah pada awal babak kedua sebelum Christensen menjaringkan gol kemenangan.
Bintang kelab itu Kylian Mbappe terpaksa akur selepas usahanya untuk menjadi juara Eropah sebelum meninggalkan ibu kota Perancis itu pada musim panas sedikit samar. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#bola sepak
#barcelona
#Paris St German
#Liga Juara-Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan