awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Velodrom Cheras tidak akan dirobohkan buat masa ini

Astro Arena
Astro Arena
29/01/2016
01:09 MYT
Velodrom Cheras tidak akan dirobohkan buat masa ini
Velodrom berusia 28 tahun ini bakal dirobohkan, tetapi perjanjian antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ialah satu Velodrome baru perlu dibina di kawasan berhampiran.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan bahawa Velodrom Cheras tidak akan dirobohkan walaupun pemaju sudah membina penghadang di kawasan seluas 4.8 hektar itu petanda projek pembangunan akan bermula dalam masa terdekat.
Tindakan pemaju membina penghadang memagari kawasan sekitar Velodrom Cheras mengundang pelbagai persoalan.
Velodrom berusia 28 tahun ini bakal dirobohkan, tetapi perjanjian antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ialah satu Velodrome baru perlu dibina di kawasan berhampiran sebagai ganti.
Ia susulan tindakan DBKL menjual kawasan seluas 4.8 hektar itu kepada sebuah syarikat pemaju.
Peniaga dikawasan itu sudah diberi notis untuk mengosongkan kawasan terbabit dalam masa terdekat.
Namun, KBS beri jaminan velodrom itu tidak akan dirobohkan buat masa ini.
"Datuk Shapawi telah menghubungi pihak DBKL untuk menggunakan Velodrom Ceras digunakan sehingga Velodrom baru di Nilai siap," ujarnya.
Sirkit Remaja Kebangsaan Bawah 16 tahun akan diadakan selama tiga hari bermula Jumaat ini dan ia dikatakan kejohanan terakhir di velodrom itu.
Biar apapun perdebatan, realitinya jika Velodrom Cheras diruntuhkan, pelumba basikal trek tidak mempunyai tempat untuk berlatih.
Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak sudah rosak sementara Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan dijangka siap, Julai depan.
Topic Berkaitan
#DBKL
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#KBS
#Khairy Jamaluddin
#Menteri Belia dan Sukan
#Velodrom Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan