awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yebda akui gagal bentuk kombinasi mantap

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2013
23:31 MYT
Yebda akui gagal bentuk kombinasi mantap
Pemain tengah Granada, Hassan Yebda mengakui kegagalan para pemain membentuk kombinasi mantap sebagai punca aksi hambar pasukan di persaingan La Liga Sepanyol, sebelum ini.
Menurut pemain kelahiran Algeria itu, pemain-pemain tidak berupaya menerap pendekatan yang dilakukan bekas jurulatih, Juan Antonio Anquela.
Lantaran itu, Yebda mengharapkan agar jurulatih baru Lucas Alcaraz mampu mengubah nasib Granada untuk kekal dalam saingan liga, musim depan.
Kini, kehadiran Alcaraz seoalah memberi sinar harapan baru buat Granada yang meraih dua kemenangan berturut-turut.
Mengejutkan Real Madrid 1-0 dan membenam Deportivo 3-0, Granada melonjak ke tangga keempat belas liga.
Namun, permulaan musim skuad yang berpangkalan di Andalusia itu tidak memuaskan apabila hanya menang lima daripada dua puluh satu perlawanan.
Bagi Yebda, jurulatih terdahulu Anquela punya jawapan berhubung kegagalan mereka beraksi baik.
Yebda menyertai Granada pada Ogos 2011 dengan perjanjian kontrak selama tiga tahun dari Kelab Serie A Itali, Napoli.
Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun terlepas hampir semua perlawanan musim ini akibat kecederaan lutut.
Mengharapkan untuk segera pulih, Yebda turut memasang impian membantu pasukan kebangsaannya layak ke pusingan akhir piala dunia 2014.
Topic Berkaitan
#Granada
#Hassan Yebda
#La Liga Sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan