awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England

Bernama
Bernama
18/03/2023
15:56 MYT
Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England
Ini adalah kekalahan keempat daripada lima perlawanan Zii Jia berdepan pemain nombor 12 dunia itu, justeru menamatkan cabaran Malaysia di All England. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Harapan Lee Zii Jia untuk menamatkan kemarau kejuaraan dimusnahkan oleh Shi Yu Qi dari China dalam separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 malam ini.
Perseorangan nombor empat dunia itu, kini dalam misi menebus prestasi tidak konsistennya, berdepan satu lagi kekalahan selepas tewas 19-21, 13-21 kepada Shi selepas 43 minit bertarung di Utilita Arena, Birmingham.
Juara All England 2021 itu memberi tentangan sengit pada set pertama namun gagal menyaingi Shi, yang merupakan pemenang perak Kejohanan Dunia 2018, pada set kedua, sekali gus terlepas peluang untuk membawa permainan ke rubber set.
Ini adalah kekalahan keempat daripada lima perlawanan Zii Jia berdepan pemain nombor 12 dunia itu, justeru menamatkan cabaran Malaysia di All England.
Zii Jia melangkah ke separuh akhir kejohanan Super 1000 itu dengan mengetepikan pemain Jepun Kodai Naraoka manakala Shi menewaskan rakan senegara Weng Hong Yang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#all england
#Lee Zii Jia
#badminton
#Separuh Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan