awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 tahun menanti zuriat pertama

Sinar Harian
Sinar Harian
23/08/2023
01:45 MYT
23 tahun menanti zuriat pertama
Norehan Sulaiman, 42, bersyukur apabila dikurniakan zuriat pertama selepas 23 tahun mendirikan rumah tangga. - Gambar SINAR HARIAN
SHAH ALAM: Setelah sekian lama berdepan tohmahan orang sekeliling dan dituduh mandul, kini seorang peniaga makanan, Norehan Sulaiman, 42, bersyukur apabila dikurniakan zuriat pertama selepas 23 tahun mendirikan rumah tangga.
“Saya dan suami tidak mandul kerana lepas dua tahun kahwin, kami berjumpa pakar dan pemeriksaan lanjut menunjukkan kami tidak mempunyai sebarang masalah pada sistem pembiakan.
“Namun pada masa itu kami belum ada rezeki nak timang anak sendiri. Macam-macam orang cakap tuduh kami mandul.
“Tak sangka umur dah 41 tahun baru hamil dan sekarang umur anak baharu masuk empat bulan selepas saya bersalin 8 April lalu secara pembedahan,” katanya yang menetap di Jalan Kebun dekat sini kepada Sinar Harian.
Tambah Norehan, pada mulanya dia hanya mengalami simptom seperti lesu, kurang selera makan dan kitaran haid tidak teratur.
Rentetan daripada itu, dia tergerak hati untuk membuat pemeriksaan air kencing menggunakan kit ujian kehamilan dan akhirnya keputusan menunjukkan ‘dua garis’.
Norehan dan suami pergi ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut sebelum disahkan hamil dengan usia kandungan enam minggu empat hari.
Norehan dan suami pergi ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut sebelum disahkan hamil dengan usia kandungan enam minggu empat hari.
Ujar Norehan, sebelum ini ketika perkahwinan mereka menganjak 10 tahun ini, dia dan suami mengambil dua anak angkat lelaki serta perempuan sebagai penyeri hidup yang kini berusia 13 dan 14 tahun.
“Saya dan suami sangat gembira kerana kedua-dua anak angkat sangat akrab dengan adik mereka, Aisy Mateen Mikhael Sohimy,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#zuriat pertama
#23 tahun menanti
#timang anak sendiri
#Norehan Sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan