awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi buaya kesayangan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/02/2018
02:51 MYT
Demi buaya kesayangan
Kojek sudah dipelihara Irwan selama lebih 20 tahun, dan kini tinggal bersama Irwan, isteri dan tiga anak mereka di sebuah rumah teres. -YouTube Barcroft Animals
MASYARAKAT kebiasaannya akan memilih haiwan comel sebagai peliharaan. Haiwan seperti kucing, anjing atau arnab semestinyalah menjadi pilihan.
Jika ada yang gemarkan haiwan eksotik sekalipun, mungkin mereka akan memilih haiwan seperti biawak atau ular daripada jenis-jenis tertentu untuk ditempatkan di dalam sangkar.
Namun berbeza dengan seorang lelaki di Indonesia yang memilih untuk memelihara seekor buaya yang diletakkan di dalam rumah!
Akaun YouTube Barcroft Animals beberapa hari lalu memuat naik satu laporan berkenaan lelaki bernama Irwan yang tinggal di Bogor, Jawa Barat, bersama haiwan kesayangannya yang dinamakan Kojek.
Kojek sudah dipelihara Irwan lebih 20 tahun, dan kini Kojek tinggal bersama Irwan serta isteri dan tiga anak mereka di sebuah rumah teres.
Reptilia itu akan berendam di dalam kolam kecil yang di belakang rumah Irwan, dan ada kalanya akan 'meronda' kawasan persekitaran rumah dengan tenang.
"Menjaga Kojek tidak sukar. Saya akan tukar air kolamnya sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan kebersihannya. Saya akan gosok giginya, gosok badannya, dan dia sukakannya!" kata Irwan ketika ditemu ramah portal itu.
Cerita Irwan lagi, dia membelanjakan kira-kira 50,000 rupiah (RM14) seminggu untuk membeli lima kilogram ikan segar yang merupakan makanan ruji Kojek, dan reptilia sepanjang enam kaki itu akan diberi makan tiga kali seminggu.
Menariknya, video itu juga menunjukkan bagaimana keluarga Irwan sangat selesa dengan kehadiran Kojek dan melakukan tugas-tugas harian tanpa rasa terganggu.
"Ia sudah biasa dengan manusia. Siapa pun yang memegang atau mendekatinya, tidak menjadi masalah.
"Saya rasa mungkin kerana sudah 20 tahun bersama saya, Kojek menganggap kami seperti keluarganya, dan kami juga menganggapnya sebahagian daripada keluarga kami," ujar Irwan.
YouTube: Barcroft Animals
Topic Berkaitan
#Barcroft Animals
#buaya
#haiwan
#Indonesia
#Irwan
#Kojek
#peliharaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan