awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Intai dari lubang... Teater Jepun tawarkan pengalaman baharu

Agensi
Agensi
06/03/2021
03:52 MYT
Intai dari lubang... Teater Jepun tawarkan pengalaman baharu
Moonlight Mobile Theatre memperkenalkan cara baharu untuk membawa penonton kembali ke persembahan avant-garde mereka. - Moonlight Mobile Theater/Ryosuke Sato/Handout via REUTERS
TOKYO: Lampu diredupkan, tanda bermulanya persembahan teater, dan penonton memfokuskan pandangan menerusi slot atau lubang kecil di pintu di hadapan mereka tatkala tarian dimulakan.
Syarikat tarian Jepun, Moonlight Mobile Theatre memperkenalkan cara baharu untuk membawa penonton kembali ke persembahan avant-garde mereka dengan mematuhi penjarakan fizikal.
Penonton akan duduk di kubikel berasingan di sekitar panggung, masing-masing dengan slot atau lubang kecil di pintu yang membolehkan mereka menyaksikan persembahan.
"Kami sengaja membuat lubang kecil dan slot yang menyerupai slot pada kotak surat.
"Menonton dengan sudut pandangan yang sempit membantu penonton lebih fokus pada persembahan," kata Nobuyoshi Asai, pengarah artistik dan koreografer teater.
Syarikat teater itu kembali mengadakan persembahan pada bulan Disember tahun lalu selepas terpaksa membatalkan sebahagian besar pertunjukannya sepanjang tahun kerana pandemik COVID-19.
Tiket untuk kesemua 12 persembahan mereka telah habis terjual.
Walaupun menerima sambutan memberangsangkan, hanya 30 penonton dibenarkan untuk hadir di setiap sesi persembahan.
Jumlah penonton yang kecil ini tidak membantu membiayai kos persembahan, apatah lagi syarikat juga terpaksa menampung kos langkah keselamatan tambahan seperti proses membasmi kuman.
Subsidi kerajaan juga tidak membantu memenuhi keperluan syarikat.
Walaupun berdepan kesukaran, Asai mengakui idea baharu ini membantu mereka.
"Sekiranya kita tidak melakukannya, penggiat seni akan kehilangan peluang untuk meenruskan minat mereka," katanya.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#teater
#teater jepun
#pandemik
#COVID-19
#penjarakan fizikal
#persembahan seni
#tarian
#shm
#weekender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan