awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jauhari terkenal Sepanyol lancar 'Sombra'

Bernama
Bernama
22/12/2012
09:20 MYT
Jauhari terkenal Sepanyol lancar 'Sombra'
Carrera y Carrera, jauhari terkenal Sepanyol, melancarkan koleksi terkininya, 'Sol y Sombra' di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Nathalie Guedj berkata syarikat itu memutuskan untuk mempamerkan koleksi berkenaan kerana kualiti pusat membeli-belah Starhill Gallery serta komitmen dan semangat kakitangan untuk jenama Carrera.
"Kami mahu mempamerkan Sombra. Ia tidak pernah diperkenalkan di Malaysia sebelum ini," kata beliau kepada Bernama di Starhill Gallery Kuala Lumpur.
Sombra, dalam emas putih yang didatangkan dalam set kalung, gelang, anting-anting serta cincin, direka dalam bentuk matahari dengan jumlah 31.63 karat berlian.
Guedj, rakyat Sepanyol, berkata kebanyakan koleksi syarikat diilhamkan berdasarkan flora dan fauna serta budaya Sepanyol.
Ada kisah di sebalik setiap koleksi dan setiap tahun syarikat itu akan tampil dengan tema bagi setiap reka bentuk mereka.
Tema 'Muzik' tahun ini dilancarkan pada Mei dan tiba di sini pada September.
Reka bentuk sebelum ini berdasarkan gitar Sepanyol, pakaian Flamenco wanita dan juga diilhamkan daripada pakaian matador.
Carrera y Carrera bermula pada abad ke-19 di sebuah bengkel kecil di tengah Madrid di mana dua sepupu Carrera terlibat dalam perniagaan pemotongan berlian.
Terdapat 600 koleksi dipamerkan di butik berkenaan dan dihasilkan secara manual di bengkel mereka di Sepanyol.
"Harganya dari RM4,000 sehingga RM35,000," kata Guedj.
Kelebihan Carrera y Carrera adalah pada hasil kemahirannya yang halus dan reka bentuk yang hebat.
Jenamanya adalah tentang kreativiti, budaya dan klasik yang menawarkan barang kemas yang mengagumkan dan mempunyai daya tarikan.
"Ini menjadikan kami istimewa dan merupakan satu kelebihan kami," kata Guedj.
Carrera y Carrera diminati selebriti seperti Mariah Carey, Lady Gaga, Scarlet Johansson dan Giselle Bundchen.
Rekaannya berada di 34 negara di seluruh dunia dan mempunyai 22 butik.
Topic Berkaitan
#Carrera y Carrera
#jewellery
#Sol y Sombra
#Spain
#Starhill Gallery
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan