awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lewa mencuci tangan undang penyakit

AFP RELAXNEWS
AFP RELAXNEWS
15/06/2013
07:39 MYT
Lewa mencuci tangan undang penyakit
Mencuci tangan merupakan kaedah terbaik bagi melindungi diri daripada jangkitan penyakit namun kajian terbaru dari Universiti Michigan mendapati sewaktu mencuci tangan, kebanyakan kita melakukannya dengan sambil lewa.
Daripada 3,749 yang diperhatikan oleh pengkaji di tandas awam, kebanyakan mereka tidak mencuci tangan menggunakan pembasmi bakteria.
Satu pertiga tidak menggunakan sabun dan 10 peratus mencuci menggunakan air sahaja.
Bagi mendapatkan maklumat, pengkaji berpura-pura menggunakan telefon pintar dan dalam pada masa yang sama merekodkan keputusan itu.
Jika dibahagikan keputusan itu, 15 peratus lelaki langsung tidak mencuci tangan berbanding tujuh peratus wanita.
Apabila kaum lelaki mencuci tangan, sebahagian daripada mereka menggunakan sabun berbanding wanita dengan 80 peratus.
Kaum lelaki dilihat akan mencuci tangan apabila terdapat papan tanda di dalam tandas. Faktor lain yang menggalakkan cucian tangan ialah sinki yang bersih.
"Dapatan ini mengejutkan kerana kajian lalu mendapati cucian tangan yang sempurna berada pada kadar lebih tinggi," kata ketua pengkaji Carl Borchgrevink.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit yang memimpin kajian berkenaan melaporkan 15 hingga 20 saat diperlukan bagi cucian tangan yang sempurna menggunakan sabun bagi membunuh kuman.
Tambahan pula, hasil kajian mendapati kebanyakan orang hanya mencuci tangan sekitar enam saat.
Hasil kajian diumumkan minggu ini dan diumumkan dalam Jurnal Kesihatan Persekitaran.
Topic Berkaitan
#jangkitan penyakit
#Mencuci tangan
#sambil lewa
#tandas awam
#Universiti Michigan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan