awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi menyelamat 'Ratatouille montel' dapat perhatian

Agensi
Agensi
27/02/2019
01:38 MYT
Misi menyelamat 'Ratatouille montel' dapat perhatian
Pasukan penyelamat yang turut disertai anggota bomba sukarela, turun dalam operasi menyelamat tikus ini. - Facebook Berufstierrettung Rhein Neckar
BUKAN kisah menyelamat kucing atau anjing yang kita biasa dengar, namun cerita ini membuktikan setiap nyawa itu ada harganya.
Di bandar Bensheim, Jerman, petugas penyelamat haiwan menerima satu panggilan luar biasa, membabitkan seekor tikus yang tersekat di luar lubang saluran pembetungan.
Panggilan itu dibuat oleh seorang kanak-kanak perempuan yang identitinya tidak didedahkan.
"Tikus itu agak gemuk terutama di bahagian pinggulnya, membuatkan ia tersekat dan tidak mampu melepaskan diri dari lubang itu," kata salah seorang penyelamat, Michael Sehr, kepada media tempatan.
Pasukan penyelamat yang turut disertai anggota bomba sukarela, turun dalam operasi itu pada Ahad, dengan kod 'penyelamatan haiwan kecil', lapor BBC.
Sehr dan pasukannya terlebih dahulu tiba di lokasi, namun gagal membebaskan tikus itu dari bahagian atas penutup lubang.
Selepas berjaya dikeluarkan, tikus itu dibebaskan kembali ke dalam saluran pembetung.
Sebaik sahaja dimuat naik ke laman Facebook pasukan penyelamat haiwan, beratus komen diterima yang rata-ratanya memuji khidmat yang diberikan pasukan itu.
Ditanya mengapa mereka sanggup bersusah payah demi seekor haiwan yang dikatakan sebagai haiwan perosak, ini jawapan Sehr.
"Kita perlu ada rasa hormat pada semua makhluk hidup," kata Sehr sambil memaklumkan tiada caj dikenakan untuk menyelamatkan tikus itu.
Topic Berkaitan
#Facebook
#haiwan
#Jerman
#lubang
#menyelamat
#penyelamat haiwan
#saluran pembetungan
#tersekat
#tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan