awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong Malaysia paling ramai lawat Indonesia

Bernama
Bernama
20/07/2022
11:10 MYT
Pelancong Malaysia paling ramai lawat Indonesia
Malaysia kekal sebagai sumber pelancong terbesar ke Indonesia dalam kalangan negara anggota ASEAN. - Gambar hiasan/REUTERS
JAKARTA: Malaysia kekal sebagai sumber pelancong terbesar ke Indonesia dalam kalangan negara anggota ASEAN, menurut Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia.
Pada 2019, sebelum pandemik, hampir 2.9 juta rakyat Malaysia melawat negara itu diikuti Singapura sebanyak 1.9 juta pelancong.
Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan Malaysia, Singapura dan Thailand telah menjadi pasaran penting dan berpotensi tinggi untuk pelancongan Indonesia.
Dari 12 hingga 15 Julai, kementerian mengadakan kunjungan mesra ke enam syarikat pelancongan dari tiga negara ASEAN di Bali bagi mempromosikan pulau percutian itu bertemakan, #ItsTimeforBali.
Aktiviti itu juga dijangka dapat menjadikan Indonesia pilihan utama pelancong dari ASEAN, kata Menterinya Sandiaga Salahuddin Uno.
Indonesia menyasarkan untuk menarik antara 1.8 juta dan 3.6 juta pelawat antarabangsa tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong malaysia
#Malaysia
#Indonesia
#ASEAN
#Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia
#pandemik
#Singapura
#Bali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan