awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah Kawalan Pergerakan, masa untuk menjaga kesihatan mental

Bernama
Bernama
20/03/2020
09:57 MYT
Perintah Kawalan Pergerakan, masa untuk menjaga kesihatan mental
Penaungnya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata COVID-19 yang diisytiharkan pandemik dilihat membawa ketakutan, kebimbangan dan tekanan melampau dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat. - Bernama
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu merupakan masa untuk semua pihak menjaga dan mengekalkan kesihatan mental dalam menghadapi cabaran penularan wabak COVID-19, menurut Pertubuhan Befrienders Kuala Lumpur.
Penaungnya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata COVID-19 yang diisytiharkan pandemik dilihat membawa ketakutan, kebimbangan dan tekanan melampau dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.
Justeru, beliau menasihatkan rakyat supaya menghadkan masa dalam talian serta melakukan beberapa aktiviti di rumah seperti melukis, menonton video dalam talian, meditasi, menulis jurnal dan berdoa.
"Kongsi mesej positif dan menggalakkan di media sosial misalnya kisah pesakit yang telah pulih dan pengorbanan petugas barisan hadapan dalam menjaga pesakit COVID-19," katanya, dalam kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, katanya, rakyat boleh mendapatkan maklumat yang sahih mengenai perkembangan jangkitan itu daripada Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Bagi individu yang tinggal bersendirian, mereka dinasihatkan untuk berhubung dengan orang tersayang (keluarga) menerusi panggilan telefon dan panggilan video, katanya.
Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula 18 hingga 31 Mac ini sebagai langkah membendung penularan jangkitan COVID-19.
Dalam pada itu, Lee berkata kerajaan perlu menyediakan sokongan psikososial terutamanya kepada pekerja kesihatan di barisan hadapan yang berurusan dengan pesakit COVID-19.
Sementara itu, individu yang berdepan dengan masalah kemurungan dan memerlukan seseorang untuk mendengar dan berkongsi masalah boleh menghubungi talian bantuan Befrienders di Kuala Lumpur/Selangor pada talian 03-79568145.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#kesihatan mental
#koronavirus
#Lee Lam Thye
#Pertubuhan Befrienders Kuala Lumpur
#Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan