awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wow! Kate Middleton kagumi ciptaan Bernard Chandran

Gempak
Gempak
22/02/2018
08:37 MYT
Wow! Kate Middleton kagumi ciptaan Bernard Chandran
Dalam acara tersebut, Bernard memuat naik beberapa keping foto Kate mengagumi koleksi yang dihasilkan oleh pereka fesyen itu. - Foto IG Bernard Chandran
PEREKA fesyen terkenal, Datuk Bernard Chandran berpeluang untuk memperagakan koleksi terbaharu di hadapan Duchess Of Cambridge, Kate Middleton pada Isnin lalu.
Bernard satu-satunya wakil pereka fesyen tempatan yang diundang untuk menghadiri Commonwealth Fashion Exchange di Istana Buckingham, London.
Dalam acara tersebut, Bernard memuat naik beberapa keping foto Kate mengagumi koleksi yang dihasilkan oleh pereka fesyen itu.
"Beliau ingin tahu lebih lanjut," tulis Bernard dalam kapsyen foto terbaharunya.
Dalam foto tersebut, Kate dilihat sedang menyentuh persalinan yang dipersembahkan Bernard sambil diberikan penerangan.
BUCKINGHAM PALACE
A post shared by Bernard Chandran (@bernardchandran) on
Feb 19, 2018 at 12:48pm PST
Pencapaian Bernard mendapat pujian daripada peminatnya dan menjadikan pereka fesyen itu inspirasi untuk terus berjaya.
"Bila agaknya kita boleh bekerja bersama-sama?" soal rocker terkenal tempatan, Amy Search.
"Hebat!" puji Ras Adiba Radzi.
"Wow! Belum pernah ada pereka fesyen Malaysia yang mendapat jemputan tersebut," tulis @ds.rosz.
"Ambil peluang ini untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Tahniah," tambah @hjt8601.
Acara itu disertai oleh 30 wakil daripada 52 negara antaranya Kanada, Australia, New Zealand, India, Britain, Rwanda dan Trinidad & Tobago.
Malah, ia turut dihadiri oleh pereka fesyen ternama Stella McCartney, supermodel Naomi Campbell dan editor Vogue Amerika Syarikat, Anna Wintour. - Teks:: Amri Hassan; Foto: IG @bernardchandran
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Australia
#BERNARD CHANDRAN
#Britain
#India
#Istana Buckingham
#Kate Middleton
#London
#Malaysia
#New Zealand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan