Dunia mungkin perlu bergantung kepada bekalan minyak daripada ‘kapal hantu’ - Penganalisis
Pensyarah Pengajian Keselamatan Antarabangsa Universiti Emiriah Arab Bersatu, Prof. Dr. Mohd Mizan Aslam berkata komuniti antarabangsa mungkin akan beralih kepada bekalan minyak daripada kapal-kapal hantu untuk memenuhi permintaan domestik. Jelasnya, kapal-kapal hantu ini datang daripada negara-negara yang berdepan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS) seperti Iran dan Rusia. #DialogTigaPenjuru
