Korea Selatan putuskan penghantaran ke Hormuz ikut undang-undang
Menteri Luar Korea Selatan, Cho Hyun, menegaskan sebarang keputusan mengenai penghantaran kapal tentera laut ke Selat Hormuz akan dilaksanakan mengikut perlembagaan dan undang-undang domestik, susulan pertanyaan ahli parlimen berhubung permintaan Amerika Syarikat bagi memastikan keselamatan laluan perkapalan di kawasan tersebut.
