PuTERA35: PUNB memacu ekosistem aeroangkasa Bumiputera
Episod PUTERA35 kali ini menampilkan Galaxy Aerospace, penyedia perkhidmatan MRO yang menawarkan penyelenggaraan pesawat, komponen serta sokongan kejuruteraan kepada pelbagai pelanggan termasuk agensi kerajaan dan syarikat penerbangan. Perkembangan syarikat ini turut diperkukuh melalui sokongan pembiayaan, pembangunan kapasiti dan jaringan industri daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.
