[TERKINI] Kos rawatan penyakit buah pinggang kronik RM3.3 bilion
Kos rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap akhir di Malaysia mencatat peningkatan mendadak kepada RM3.3 bilion setahun ketika ini berbanding RM572 juta pada 2010 susulan, pertambahan kes saban tahun.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata situasi itu mencerminkan beban kewangan yang semakin besar kepada negara selain memberi kesan mendalam kepada kehidupan pesakit.
