Trump cadang belanjawan pertahanan AS cecah AS$1.5 trilion
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencadangkan peruntukan belanjawan pertahanan tertinggi dalam sejarah negara itu berjumlah 1.5 trilion dolar Amerika bagi tahun fiskal 2027. Cadangan tersebut melibatkan pemotongan ketara perbelanjaan domestik dan dijangka mencetuskan perbahasan hangat di Kongres menjelang pilihan raya pertengahan penggal.
